}

Wednesday 18 April 2012

Hari Terakhir Kejohanan



Hari ini adalah merupakan hari kemuncak kejohanan bagi edisi ke 60. Acara pagi diiringi gerimis yang dapat meredakan sedikit degupan jantung para atlit yang akan bertanding dalam beberapa acara akhir pada hari ini. Jadual hari ini juga dijangkakan ketat sehingga jam 5.00 petang. Aturcara yang akhir sekali ialah penyampaian hadiah dan pengumuman juara keseluruhan kejohanan. Semoga acara hari ini berjalan lancar.

TERGENDALA




18 april 2012, lebih kurang jam 4.10 petang, semua acara ditangguhkan kerana cuaca. Penangguhan dibuat setelah mengambilkira keputusan sebulat suara semua wakil kontinjen daerah yang menyertai kejohanan. Pada waktu semasa, hari sudah mendung dan menunggu masa untuk hujan. Jawatankuasa mengambil keputusan yang cepat untuk mencegah dari kejadian yang tidak diingini berlaku. Semoga semua pihak dapat bersabar dan meneruskan semangat kekitaan demi kebaikan bersama.

Setelah cuaca kembali cerah, acara kejohanan disambung semula pada jam 5.15 petang.